PROGRAM JAITAN MANIK UNTUK KAUM IBU ( SURI RUMAH )






Pada 07/08/2009 selepas sehari saya mengikuti program cyberkid di sekolah kebangsaan pendang.Sekali lagi saya bersama komuniti kampung padang iaitu kaum ibu ( suri rumah sepenuh masa ) talah melibatkan diri bersama-sama menpelajari teknik untuk jaitan manik di baju.Dalam program tersebut seramai 15 orang terlibat.walaupun cuaca pada hari tersebut hujan sepanjang hari tetapi tdak mematahkan semangat kaum ibu tersebut untuk menghadiri program yang amat memberi faedah dan keuntungan kepada mereka.Walau pun seharian tetapi tidak jemu untuk menpelajari teknik tersebut.masing-masing menampak kan kecerian.Mungkin dalam fikiran masing-masing mengatakan berbekalkan asas ini boleh menambah pendapatan untuk masa akan datang.Dalam progam tersebut kami telah diajar pelbagai jenis jaitan manik antaranaya Jaitan air mata kasih,tali kasih,bunga seri pagi dan macam-macam lagi.

PROGRAM CYBERKIDS BERSAMA KOMUNITI DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PENDANG






Progamtersebut telah diadakan pada 4 hingga 6 ogos 2009.Program diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Pendang .Seramai 10 orang Penyelia PPIK dan ahli kelab PPIK terlibat bersama dengan pihak maxis.Bukan sekadar membantu tetapi penyelia juga dapat mepelajari tentang Potal Komuniti yang diajar oleh pihak maxis .Dalam Program tersebut pelajar didedahkan dengan ilmu ICT yang lebih mendalam lagi seperti pembinaan blog dang melayari potal komuniti.

Usahawan IKS Kampung Padang Baling Kedah.




Usahawan Kuih Tradisiaonal

Selain dari menoreh getah sebagai punca pendapatan harian bagi penduduk di kampug padang ada juga segelintir penduduk yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.Antara yang terdapat usahawan kecil-kecilan di kampung padang ini ialah perniagaan kedai runcit ,kolam ikan air tawar dan perusahaan kuih tradisional.
Kebanyakkan generasi kita kini mungkim tidak mengetahui jenis-jenis kuih yang dihasilkan oleh nenek moyang kita dahulu.mungkin kita pernah merasa keenakanya tetapi kita tidak tahu menghasilkannya.Jesteru itu,berbekalkan keyakinan dan keazaman Junaidah bt Che Lat berserta ibunya Puan Siti Zabedah bt Husim telah menjadikan perusahaan kuih tradisional sebagai pendapatan untuk mereka.
Antara kuih yang dihasilkan adalah kuih Tiram atau pun nama lain bagi kuih tersebut adalah Kuih kapal terbang.Berbekalkan krativiti yang ada Junaidah dan ibunya telah menghasilkan kuih lain dari asalnya,iaitu hanya bersaiz mini sahaja.

Bengkel Komputer Di Sekolah Menengah Sungai Tiang Pendang.




Pada 19hb April hingga 23hb april 2009.Seramai 10 orang Penyelia dari daerah Baling,Sik ,Kuala ketil dan Pendang telah berkampung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang.Pelbagai sukaduka dan kenangan manis bersama dengan kawan-kawan.Antaranya walaupun kami tidak mengenali dengan rapat.Tetapi dengan program tersebut dapat mengakrapkan kami serta berkongsi masaalah yang di hadapi.Antara ppik yang terlibat adalah Ppik Pekan Pendang,Ppik Paya Kerchut,Ppik Ujung Bandar Sik,Ppik Lahar Tunjung,Ppik Kepala Bukit,Ppik Sungai Tiang,Ppik Gajah Putih,Ppik Beris Jaya,Ppik Felda Teloi Kanan Kuala Ketil dan Ppik Kampung Padang Baling .

perasmian ppik





Pada perasmian tersebut beberapa agensi telah di jemput antaranya Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah DarulAman.Wakil dari pihak SKMM ( Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ) Turut hadir untuk memeriahkan upacara pada hari itu.Selain itu pada hari tersebut juga di hadiri oleh Yang Berhormat Dato Aziz Bin Rahim yang sudi memberi ucapan untuk sama-sama meraikan kemeriahan pada hari tersebut.pelbagai aktiviti telah dijalankan,bermula dari pagi hinggalah ke waktu petang.Antara aktiviti yang dijalankan adalah,pada waktu pagi acara untuk kanak dan wanita tidak ketinggalan juga bagi murid-murid sekolah.Bagi kanak-kanak telah di adakan pertandingan mewarna untuk kategori TABIKA dan PRA SEKOLAH.Acara untuk murid sekolah pula di jalankan pada waktu yang sama iaitu pertandinagn reka grafik,bercerita,baca sajak dan pertandingan Pintball.Bagi kaum ibu / wanita tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pertandingan gubahan iaitu gubahan bahan terbuang dan Puding.

PPIK KAMPUNG PADANG BALING.


Sebuah bagunan yang kecil tetapi banyak fungsinya..bukan sahaja berguna kepada anak desa ini malah sekitarnya..Bak kata pepatah melayu " kecil- kecil cili padi ".Itulah PPIK ataupun Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Kampung Padang Baling.Dirasmikan pada 26 februari 2008 hari selasa bersamaan 19 safar 1429 Hijrah.Ianya di rasmikan oleh bekas DUN kawasan KUPANG iaitu YB DATO ISMAIL BIN ABU BAKAR.