Usahawan IKS Kampung Padang Baling Kedah.




Usahawan Kuih Tradisiaonal

Selain dari menoreh getah sebagai punca pendapatan harian bagi penduduk di kampug padang ada juga segelintir penduduk yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.Antara yang terdapat usahawan kecil-kecilan di kampung padang ini ialah perniagaan kedai runcit ,kolam ikan air tawar dan perusahaan kuih tradisional.
Kebanyakkan generasi kita kini mungkim tidak mengetahui jenis-jenis kuih yang dihasilkan oleh nenek moyang kita dahulu.mungkin kita pernah merasa keenakanya tetapi kita tidak tahu menghasilkannya.Jesteru itu,berbekalkan keyakinan dan keazaman Junaidah bt Che Lat berserta ibunya Puan Siti Zabedah bt Husim telah menjadikan perusahaan kuih tradisional sebagai pendapatan untuk mereka.
Antara kuih yang dihasilkan adalah kuih Tiram atau pun nama lain bagi kuih tersebut adalah Kuih kapal terbang.Berbekalkan krativiti yang ada Junaidah dan ibunya telah menghasilkan kuih lain dari asalnya,iaitu hanya bersaiz mini sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan